| Author |
Topic  |
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/04/2006 : 21:09:49
|
Ruangan ini khas memuatkan jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan kita. Sesiapa yang ada gambar (ikan sahaja) boleh poskan di sini supaya kita dapat mengenali lebih mendalam nama-nama ikan yang terdapat di perairan kita. Sila perbetulkan kalau ada kesilapan atau nak tambah nama tempatan.
1. Kerapu, Groupers, Serranidae
 Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus Nama umum: Giant grouper (juvenil) Nama tempatan: Kertang (anak) Sumbangan : Tembaring
 Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus Nama umum: Giant grouper Nama tempatan: Kertang Sumbangan : petestop
 Nama saintifik: Epinephelus malabaricus Nama umum: Malabar grouper Nama tempatan: Kerapu
 Nama Saintifik : Epinephelus coioides Nama umum : Orange-spotted grouper Nama tempatan : Kerapu balong
 Nama Saintifik : Plectropomus maculatus Nama umum : Spotted coralgrouper Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh
 Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus Nama umum : Roving coralgrouper Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh Sumbangan : petestop
 Nama Saintifik : Plectropomus leopardus Nama umum : Leopard coralgrouper Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh
 Nama Saintifik : Cephalopholis sonnerati Nama umum : Tomato hind Nama tempatan : Kerapu bara Sumbangan : ainst
 Nama Saintifik : Epinephelus amblycephalus Nama umum : Banded grouper Nama tempatan : Kerapu belang???
 Nama Saintifik : Epinephelus areolatus Nama umum : Aerola grouper Nama tempatan : Kerapu
 Nama Saintifik : Epinephelus morrhua Nama umum : Comet grouper Nama tempatan : Kerapu laut dalam
 Nama Saintifik : Epinephelus retouti Nama umum : Red-tipped grouper
 Nama Saintifik : Epinephelus epistictus Nama umum : Nama tempatan : Dotted grouper Nama tempatan : Kerapu pulut
 Nama Saintifik : Cromileptes altivelis Nama umum : Humpback grouper Nama tempatan : Kerapu tikus
2. Merah, Snappers, Lutjanidae
 Nama saintifik: Symphorus nematophorus Nama umum: Chinamanfish Nama tempatan: moputi, ikan merah mentimun
 Nama saintifik: Lutjanus johnii Nama umum: John's Snapper, golden snapper Nama tempatan: Jenahak
 Nama saintifik: Lutjanus johnii Nama umum: John's Snapper, golden snapper (juvenil) Nama tempatan: Jenahak (anak)
 Nama Saintifik : Lutjanus erythropterus Nama umum : Red Snapper Nama tempatan : Merah pucat
 Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus Nama umum : Mangrove jack Nama tempatan : Kakap merah, tambong
 Nama saintifik: Lutjanus malabaricus Nama umum: Malabar blood snapper Nama tempatan: Merah mata hitam
 Nama Saintifik : Pinjalo pinjalo Nama umum : Japanese red Nama tempatan : Merah suman
 Nama Saintifik : Lipocheilus carnolabrum Nama umum : Tang Snapper Nama tempatan : ???
3. Ikan putih, Trevally, Carangidae
 Nama Saintifik : Caranx ignobilis Nama umum : Giant trevally Nama tempatan : Gerepoh, among-among
 Nama Saintifik : Caranx melampygus Nama umum : Bluefin trevally Nama tempatan : ???
 Nama saintifik: Alectis indicus Nama umum: Diamond trevally, indian threadfish Nama tempatan: Ebek
 Nama Saintifik : Caranx sexfasciatus Nama umum : Big-eyed trevally Nama tempatan : Cupak, nyuk-nyuk, ikan putih
 Nama Saintifik : Carangoides gymnostethus Nama umum : Bludger trevally Nama tempatan : Jemuduk Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Carangoides fulvoguttatus Nama umum : Orange-spotted trevally Nama tempatan : Jemudukbatik Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Alectis ciliaris Nama umum : African pompano Nama tempatan : cermin Sumbangan : tor kelah
 Nama Saintifik : Carangoides armatus Nama umum : Longfin trevally Nama tempatan : sagai
 Nama Saintifik : Gnathanodon speciosus Nama umum : Golden trevally Nama tempatan : Gerong belang
 Nama Saintifik : Scomberoides commersonnianus Nama umum : Queenfish, queenie Nama tempatan : Talang Sumbangan : Wan Amildin
 Nama Saintifik : Seriola dumerili Nama umum :Amberjack Nama tempatan : Aji-aji Habitat: Mendiami kawasan berkarang di kedalaman melebihi 90 meter. Banyak didapati di perairan Kota Kinabalu khususnya di lubuk-lubuk yang dikenali sebagai Sejali, Karang-karang dan 360. Perairan Sarawak juga didapati kaya dengan spesis ini yang merupakan tarikan utama para pemancing yang gemarkan perlawanan yang hebat kerana ikan ini akan melawan dari dasar sehingga ke permukaan. Ikan ini juga terkenal di kalangan kaki jigging kerana sifatnya yang lebih tertarik dengan kepingan besi berbanding umpan hidup.
 Nama Saintifik : Seriolina nigrofasciata Nama umum : Blackbanded trevally Nama tempatan : Aji-aji Sumbangan : petestop
 Nama saintifik: Lethrinus miniatus Nama umum: Sweetlip Emperor, Trumpet Emperor Nama tempatan: Landok, Asoh, Lausu
 Nama saintifik: Argyrops Bleekeri (ihsan Cikgu Zahari) Nama umum: Taiwan Tai Nama tempatan: Selipar Aini, Piring-piring, Kapas batu
 Nama saintifik: Scomberomorus commerson Nama umum: Narrow-barred Spanish mackerel Nama tempatan: Tenggiri batang
 Nama saintifik: Aluterus monoceros Nama umum : Unicorn leatherjacket Nama tempatan: Barat-barat, ayam-ayam (pembetulan oleh tor kelah)
 Nama saintifik: Pseudobalistes flavimarginatus Nama umum : Yellowmargin triggerfish Nama tempatan: Jebong, ayam-ayam Sumbangan aris azie
 Nama saintifik : Diagramma pictum Nama umum: Trout Sweetlip, painted sweetlip Nama tempatan: Kaci, Mandi Abu, Lepih
 Nama Saintifik : Acanthopagrus berda Nama umum : Picnic seabream Nama tempatan : Kuku Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Plectorhinchus gibbosus Nama umum : Harry hotlips Nama tempatan : Kakap batu, siakap karang Sumbangan : tor kelah
 Nama saintifik : Lobotes Surinamensis Nama umum: Triple tail Nama tempatan: Pecah periuk
 Nama saintifik:??? Nama umum: ??? Nama tempatan: Ketumbang, kenai
 Nama Saintifik : Rachycentron canadum Nama umum : Cobia, Black kingfish Nama tempatan : Haruan tasik
 Nama Saintifik : Sphyraena forsteri Nama umum : Big-eyed Baracuda Nama tempatan : Alu-alu, kacang-kacang, titir
 Nama Saintifik :Pristipomoides multidens Nama umum : Goldbanded jobfish Nama tempatan : Ibu kerisi, kerisi bali
 Nama Saintifik : Aphareus rutilans Nama umum : Rusty jofish Nama tempatan : Kerisi mulut itik
 Nama Saintifik : Etelis coruscans Nama umum : Ruby Snapper Nama tempatan : ???
 Nama Saintifik : Glaucosoma buergeri Nama umum :Pearl perch, deepsea jewfish, dhufish Nama tempatan : Cenculung???
 Nama Saintifik : Aetobatus narinari Nama umum : Spotted eagle ray Nama tempatan : Pari helang Sumbangan tor kelah
 Nama Saintifik : Scarus rubroviolaceus Nama umum : Ember parrotfish Nama tempatan : Bayan, ketarap Diet : Ketam, karangan, siput, sotong, udang dan anak ikan. Habitat : Kawasan batu karang dan berpasir serta pesisir pantai yang berbatu. Taburan : Hampir seluruh Asia Pasifik. Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Pisodonophis cancrivorus Nama umum : Longfin snake-eel Nama tempatan : Sesirat Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Coryphaena hippurus Nama umum : Dolphinfish Nama tempatan : Belitong, sarung golok Diet : ikan pelagik (kembong, selayang, tamban, selar,bilis, udang dan sotong. Habitat : Belitung banyak terdapat di laut lepas dan perairan pantai terbuka yang jernih pada kedalaman 60 hingga 200m dengan suhu 22 hingga 31 darjah celsius terutamanya berdekatan dengan unjang. Sering berpindah randah. Taburan : Terdapat di kawasan antara Pulau Redang dan Merang di Setiu Terengganu. Tukun Perak, Tuas dan Langkawi di Kedah. Sumbangan aris azie
 Nama Saintifik : Gymnosarda unicolor Nama umum : Dogtooth tuna Nama tempatan : Tuna gigi anjing, aya budak
 Nama Saintifik : Aprion virescens Nama umum : Green jobfish Nama tempatan : Kerisi basi, guntur
 Nama Saintifik : Platybelone argalus platyura Nama umum : Keeled needlefish Nama tempatan : Todak Sumbangan : tor kelah
 Nama Saintifik : Arius thalassinus Nama umum : Giant seacatfish Nama tempatan : Mayong, jahan, otek Sumbangan : tor kelah
 Nama Saintifik : Istiophorus platypterus Nama umum : Indo-pasific sailfish Nama tempatan : Layaran Kuala Rompin adalah syurga bagi pemancing layaran di tanah air kita Sumbangan : Wan Amildin
 Nama Saintifik : Makaira indica Nama umum : Black Marlin Nama tempatan : Mersuji hitam Sumbangan : petestop
 Nama Saintifik : Lethrinus lentjan Nama umum : Pink ear emperor Nama tempatan : Ketambak Sumbangan : Wan Amildin
 Nama Saintifik : Platax orbicularis Nama umum : Orbicular batfish Nama tempatan : Telinga gajah Sumbangan : Wan Amildin
 Nama Saintifik : Euthynnus affinis Nama umum : Mackerel, bonito, tuna, kawakawa Nama tempatan : Tongkol, aya kurik Sumbangan : Wan Amildin
 Nama Saintifik : Rhynchobatus djiddensis Nama umum : Giant guitarfish, shovelnose shark Nama tempatan : Yu kemejan Sumbangan : tor kelah
 Nama Saintifik : Elagatis bipinnulata Nama umum : Rainbow runner Nama tempatan : Pisang-pisang Sumbangan : ainst
 Nama Saintifik : Uranoscopus bicinctus Nama umum : Marbled stargazer Nama tempatan : Kerapu singa Sumbangan : Waja Burok
 Nama Saintifik : Eleutheronema tetradactylum Nama umum : Four finger threadfin Nama tempatan : Senangin Sumbangan : ainst
 Nama Saintifik : Pomadasys auritus Nama umum : Longhead grunt Nama tempatan : Tebal pipi Sumbangan : haruan bodo
 Nama Saintifik : Caesio cuning Nama umum : Redbelly yellowtail fusilier Nama tempatan : Delah
 Nama Saintifik : Thunnus albacares Nama umum : Yellowfin Tuna Nama tempatan : Tuna Sirip Kuning Dianggap sebagai antara "game fish" yang paling diburu. Taburannya di seluruh lautan tropikal dan merupakan ikan penghijrah. Di Malaysia, YFT boleh didapati di Spratly, Pantai Timur Sabah di sekitar Pulau Mabul, Sipadan dan Semporna. Terdapat juga di Tukun Perak.
 http://wanruslim.multiply.com |
Edited by - wan_amildin on 01/27/2008 10:34:36 |
|
|
wan_amildin
Moderator
    
Fiji
4821 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 07:12:40
|
terima kasih bwan. satu usaha berbentuk knowledge dan menaikkan semangat kenkawan semua.
Jengking Fishing Club |
 |
|
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 08:07:37
|
quote: Originally posted by wan_amildin
terima kasih bwan. satu usaha berbentuk knowledge dan menaikkan semangat kenkawan semua.
Jengking Fishing Club
Kawe akan cuba update dari masa ke semasa sehingga kalau tidak lengkap pun, hampir lengkap.
 http://wanruslim.multiply.com |
 |
|
|
dorado_02
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Singapore
607 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 08:58:47
|
Hi Cikgu Wan, Shyabas, satu usaha yang sangat baik. Terutama nya bagi pemancing baru yg nak tahu nama nama ikan. Saya rasa sesiapa yg ada gambar boleh lah selitkan disini dengan nama ikan , sepertimana Cikgu telah buat. Hi Che Wan, Demo kan moderator, kawe sarankan treat ini di masukkan dalam Sticky. Jadi ianya sentiasa berada di atas forum page, senang untuk kenkawan semua buat rujukan.
Cheers.
http://dorado02.multiply.com |
 |
|
|
tor_kelah
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
3465 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:01:47
|

bro bwan... kat tempat saya,nama tempatan ikan ni dipanggil ikan barat... rasanya klu ikan jebong atau ayam laut,lain skit rupanya... mintak tolong yg lebih arif beri sedikit pandangan...
bro bwan,tima kasih atas maklumat yg diberi... thread yg bagus utk kita sama² kita mengenali spesis tempatan
http://torkelah.multiply.com/photos |
 |
|
|
abengah
Advanced Member (Temoleh Level)
    
732 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:06:10
|
bwan...lagi satu kalau boleh...tambah sikit...sbb byk ikan laut masa kecik di panggil lain...dah besar..pakai nama lain.... cth macam tetanda dah besar jadi jenahak.... err kalau tak silap ler
-->> mancing...mancing jugak... anak bini jgn lupe... :) <<-- |
 |
|
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:07:44
|
dorado 02,
Kalau Cikwe atau Bro Vincent setuju, elok tu untuk sticky sebab orang lain pun boleh tambah gambar dan maklumat. Bukan apa, kadang-kadang ikan yang ada di perairan Semenanjung atau Singapura kadang-kadang tak ada di perairan Sabah/Sarawak dan sebaliknya.
tor_kelah,
Betul tu. Baru kawe teringat ikan barat. Pernah dapat dulu masa memancing di Pulau Perhentian. Lama sangat duduk tempat orang sampai lupa nama ikan tu. Memang betul ayam laut atau triggerfish tu jenis yang berwarna-warni dan taklah sesedap ikan barat ni. nanti kawe edit semula. Mekasih tor.
 http://wanruslim.multiply.com |
 |
|
|
silverbarra
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
7702 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:15:10
|
quote: Originally posted by tor_kelah

bro bwan... kat tempat saya,nama tempatan ikan ni dipanggil ikan barat... rasanya klu ikan jebong atau ayam laut,lain skit rupanya... mintak tolong yg lebih arif beri sedikit pandangan...
bro bwan,tima kasih atas maklumat yg diberi... thread yg bagus utk kita sama² kita mengenali spesis tempatan
http://torkelah.multiply.com/photos
sama tempat kawe = ikan barat jugak..org luar panggil ikan lembu kan? Ikan jebong lak... org panggil ayam2...
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!! |
 |
|
|
silverbarra
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
7702 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:19:32
|
gambo no. 2 tuh mmg Landuk... tp kat tempat kawe 'Asoh' nih jenis lain lak. die sedara landuk gak..tp muncung die x sepanjang landuk. kire lebih sket dari muncung tambak.
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!! |
 |
|
|
tor_kelah
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
3465 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:20:31
|
bro bwan... nk share gambar skit...
 nama saintifik : Aetobatus narinari nama umum : ??? nama tempatan : pari helang
|
Edited by - tor_kelah on 04/05/2006 09:21:39 |
 |
|
|
silverbarra
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
7702 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:20:49
|
bro o.B.wan... itu sumer hasil tangkapan deme?
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!! |
 |
|
|
silverbarra
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
7702 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:22:02
|
tor klah...bukan Manta Ray ker?
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!! |
 |
|
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:25:58
|
abengah,
Satu cadangan yang baik. Akan kita usahakan kemudian sebab banyak sangat spesis ni, mahu beribu-ribu. Banyak ikan yang lain rupanya masa juvenil dan berubah masa dewasa. Macam chinamanfish, banyak yang tak sedar bahawa yang kecilnya bukan warna merah tapi kuning dan bentuknya macam ikan kunyit tapi ada garis-garis melintang biru. Buat masa sekarang, kita mulakan dengan ikan-ikan yang popular dulu. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana cadangan dan info yang diberi.
Silverbarra,
Memang orang Kelate panggil ikan tu Barat. Kawe je yang lupa. Betul ke orang luar panggil ikan tu ikan lembu? Betul nampak macam lembu sikit rupanya. Satu cadangan, bagaimana kalau demo buka satu thread yang lain untuk ikan-ikan muara pulak seperti MJ, Barra, Blackbass, dsb. Kawe tu demo expert ikan muara.
 http://wanruslim.multiply.com |
 |
|
|
poomie2000
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Bhutan
1569 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 09:58:23
|
quote: Originally posted by silverbarra
tor klah...bukan Manta Ray ker?
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!!
bukan.. manta ray = pari paung..
muahahahaha |
 |
|
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 10:01:33
|
quote: Originally posted by silverbarra
bro o.B.wan... itu sumer hasil tangkapan deme?
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!!
Tidak jugak sebab dulu-dulu tak ada ambil gambar. Tpi kebanyakan ikan tu memang biasa dapat di KK.
Tor,
Nanti kawe pindahkan gambar tu ke first page. Tengkiu.
 http://wanruslim.multiply.com |
 |
|
|
bwan
Advanced Member (Temoleh Level)
    
Malaysia
4025 Posts |
Posted - 04/05/2006 : 10:11:52
|
quote: Originally posted by poomie2000
quote: Originally posted by silverbarra
tor klah...bukan Manta Ray ker?
 Umpang bughuk, Umpang baghu.. jatuh lubuk .. baham selalu!!!
bukan.. manta ray = pari paung..
muahahahaha
Manta ray susah nak ambil gambar kecuali dalam air. Baru-baru geng dari KK naikkan manta ray dalam 100kg. Bukan makan pancing tapi terkena semua tali pancing. Ikan ni jenis migrate dan kalau pakai bot kecil boleh karam bot kalau tak cepat-cepat potong tali.
 http://wanruslim.multiply.com |
 |
|
Topic  |
|